PROGRAM PENDAFTARAN DAN MINGGU SILATURRAHIM PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2012

Emel Cetak PDF

Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 dan minggu orientasi merupakan satu program yang pihak sekolah lakukan bagi menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru ke sekolah ini.  Justeru, sekali lagi tahun ini pihak sekolah mengambil inisiatif menjayakan program pendaftaran dan minggu orientasi bagi pelajar baru tingkatan 1.  Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 dan minggu orientasi ini berlangsung pada hari Rabu, 4 Januari 2012 di Ruang Legar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol.  Program bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 4 petang.  Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang persekitaran dan suasana di sekolah serta berkenalan dengan guru-guru tingkatan.

Selain itu, objektif program ini ialah :

  • Menyambut kedatangan pelajar baru dalam suasana yang kondusif.
  • Menyediakan pendedahan awal tentang suasana dan persekitaran sekolah dan asrama.
  • Mewujudkan tali silaturrahim antara ibu bapa, guru dan pelajar.
  • Membiasakan diri pelajar dengan budaya sekolah berasrama penuh.

 Dengan adanya program seperti ini, diharap pelajar-pelajar baru dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan asrama.  Selain itu,  para pelajar juga dapat menjalankan sesi pembelajaran dengan baik bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam akademik dan membentuk akhlak terpuji dari segi sahsiah.

 

Artikel Terkini

Bacaan Tertinggi

Pelawat

Kami dilawati 4 pelawat dalam talian.