KEPUTUSAN PMR 2011

Emel Cetak PDF

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (InteJ) mencatat keputusan terbaik dalam PMR 2011 sepanjang sekolah ditubuhkan dengan gred purata sekolah (GPS) 1.09 berbanding GPS 2010 1.19 dan GPS 2009 1.16.  Seramai 52 daripada 84 calon berjaya memperoleh 9A pada tahun ini berbanding 38 calon pada 2010 dan 32 calon pada 2009.  Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) yang meliputi KHB Kemahiran teknikal, KHB Ekonomi Rumah Tangga dan KHB Perdagangan dan Keusahawanan mengungguli pencapaian 100% A pada keputusan PMR 2011.  Tahniah diucapkan kepada pelajar cemerlang yang memperoleh A bagi semua mata pelajaran dan  seluruh warga InteJ yang berganding bahu dalam mencipta kejayaan cemerlang di InteJ.  Intej...Teruskan usaha ke arah 100% A dalam semua mata pelajaran PMR 2012..

 

Artikel Terkini

Bacaan Tertinggi

Pelawat

Kami dilawati 5 pelawat dalam talian.