SBPI JEMPOL - Bermula pada 27 Februari hingga 1 Mac, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (SBPIJ) telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Catur MSSMNS bagi tahun 2009. Seramai 264 orang peserta terdiri daripada 88 orang pelajar sekolah rendah dan 176 orang pelajar sekolah menengah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.
Kategori yang dipertandingkan adalah L12, P12, L15, P15, L18, dan P17. Setiap daerah yang menyertai kejohanan ini telah menghantar 4 orang wakil bagi daerah masing-masing. Perasmian penutup kejohanan ini telah disempurnakan oleh Tuan Hamzah bin Abu, Ketua Sektor, Sektor Pegurusan Sekolah JPN Negeri Sembilan.
Seramai 6 orang pemenang dari setiap ketegori telah dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Selangor pada 16 hingga 20 Mac ini.
Semua guru SBPIJ telah memberikan khidmat yang terbaik sepanjang kejohanan ini berlangsung. Seramai 2 orang pelajar SBPIJ juga telah layak untuk mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan nanti. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan Kejohanan Catur MSSMNS pada tahun ini.


