Warga InteJ yang terdiri dari pentadbir sekolah, guru-guru, staf sokongan , pelajar dan pekerja Noraiza sdn Bhd telah memeriahkan program Jamuan Raya, Praktikal Sembelihan dan Menjaring Ikan Di Intej. Program ini bermula dengan menjaring ikan di Kolam Ikan InteJ pada Isnin, 26 September 2011. Aktiviti menjaring ikan dilakukan seawal 10.40 pagi dengan melibatkan guru-guru dan pelajar lelaki tingkatan 2 dan 4 InteJ mengikut tugasan masing-masing. Seterusnya, penyediaan bahan masakan untuk jamuan hari raya dilakukan bermula pukul 2.30 petang hari yang sama. Aktiviti memasak dan Jamuan hari raya pula berlangsung pada tengah hari Selasa, 27 September 2011. Antara menu utama Jamuan ini ialah Nasi, daging dendeng, acar, ikan masak lemak buah bacang dan ayam goreng berempah. Program ini merupakan program dwi tahunan InteJ. Semangat kerja sama dan muhibbah dapat dilihat antara semua warga InteJ iaitu pentadbir sekolah, guru-guru, staf sokongan , pelajar dan pekerja Noraiza sdn Bhd. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan sebagai program yang dapat mengeratkan silaturrahim antara warga Intej... SYABAS InteJ kerana Berjaya menganjurkan program Jamuan Raya, Praktikal Sembelihan dan Menjaring Ikan dengan cemerlang..


