Pembestarian Pendidikan merupakan satu agenda utama Kementerian Pelajaran dalam pendidikan pada masa kini. Kejayaan Pembestarian Pendidikan sangat bergantung pada sokongan dan pelaksanaan konsep pembestarian di sekolah yang berteraskan kepada penggunaan teknologi pendidikan secara berkesan dalam Pembelajaran dan Pengajaran. Pengisian Minggu ICT dapat membawa kemahiran – kemahiran abad ke 21 yang menjadi salah satu pengukur kejayaan Pembestarian Pendidikan kepada sekolah dan masyarakat luar bandar khususnya di daerah Jempol dan Jelebu. Justeru, SBP Integrasi Jempol turut sama mengadakan minggu ICT selaras dengan aktiviti yang dirancangkan untuk sekolah-sekolah daerah Jempol dan Jelebu pada 4-8 April 2011.
Objektif Minggu ICT peringkat sekolah adalah untuk :- 1)Membudayakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di sekolah terutamanya di SBP Integrasi Jempol. 2) Merapatkan jurang kemahiran ICT di antara pelajar luar bandar dengan pelajar bandar. 3) Perkongsian idea dan kemahiran dalam menggunakan teknologi untuk memperkasakan pembelajaran dan pengajaran.Kumpulan sasaran Minggu ICT ini ialah semua pelajar dan guru SBP Integrasi Jempol.
Aktiviti ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Kerja Kelab Komputer SBP Integrasi Jempol dengan kerjasama guru SBP Integrasi Jempol. Pengisian aktiviti yang dilaksanakan sepanjang minggu ICT ialah 1) Kuiz ICT (4& 5 April 2011), 2) Arkib dan Galeri ICT (5 April 2011), 3) Jejak Maklumat / Literasi Maklumat (6 April 2011), 4) Kursus dalaman berkaitan ICT peringkat sekolah (7 April 2011) dan 5) Majlis Pelancaran /Penutup Minggu ICT Sekolah (8 April 2011)
Perasmian penutup Minggu ICT peringkat sekolah diadakan pula diadakan pada 8 April 2011 di dataran perhimpunan. Perasmian penutup disempurnakan oleh Kaunselor SBP Integrasi Jempol, Encik Mohd Nor Afizi bin Mohamad. Semoga program ini akan menjadi pemangkin kepada pembestarian pendidikan.


