MAJLIS UNTAIAN KASIH PELAJAR TINGKATAN 4 2011

Emel Cetak PDF

Pelajar Tingkatan 4 SBP Integrasi Jempol telah menganjurkan Majlis Untaian Kasih pada 1 Februari 2011 yang lalu.  Majlis ini diadakan di Ruang Legar SBPIJ bermula 12.30 petang hingga 1.40 petang.  Majlis ini dhadiri oleh para pelajar Tingkatan 4 dan guru SBP Integrasi Jempol.  Majlis diserikan dengan ucapan Tuan Pengetua SBPIJ, Puan Hajah Zainun binti Abdullah dan Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Haji kamarularipin bin Jaffar.   Majlis ini diadakan bertujuan memupuk silaturrahim antara pelajar Tingkatan 4 dan Guru SBPIJ.  tahniah diucapkan kepada pelajar Tingkatan 4 kerana berjaya menganjurkan majlis untaian kasih ini.  Diharap majlis seumpama ini dapat dikekalkan setiap tahun sebagai acara tahunan sekolah.

Kali terakhir dikemaskini ( Ahad, 06 Mac 2011 23:13 )  

Artikel Terkini

Bacaan Tertinggi

Pelawat

Kami dilawati 2 pelawat dalam talian.