Program Kecemerlangan SPM Siri 3/2010 telah diadakan pada 06 hingga 08 Julai 2010. Program ini telah berlangsung di Kompleks Falak Al Khawarizmi, Melaka. Ia disertai oleh 72 orang pelajar Tingkatan 5 rentetan daripada Program Kecemerlangan Siri 1 dan 2 lalu. Jadi semua pelajar Tingkatan 5 telah keluar mengikuti program kecemerlangan di luar sekolah. Modus operandi program ini juga sama dengan program siri 1 dan 2. Antara aktiviti menarik pada program ini ialah tayangan 3D tentang alam sekitar dan planet di angkasa. Selain itu, pelajar juga dibawa ke Pusat Penetasan Penyu untuk melihat proses pelepasan anak penyu ke pantai.


