Bidang Sains dan Matematik serta Kelab Astronomi telah menganjurkan Minggu Sains dan Matematik peringkat sekolah pada 11 hingga 15 April 2011. Perasmian disempurnakan oleh Puan Hajah Zainun binti Abdullah, Pengetua SBPIJ pada waktu perhimpunan rasmi sekolah. Tema Minggu Sains dan Matematik pada tahun ini ialah "Science and Matemathics Moves the World" .Pelbagai aktiviti dilaksanakan pada minggu tersebut yang melibatkan pelajar menengah atas dan menengah rendah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Spelling B competition, Pertandingan Melukis Poster, Kuiz untuk Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi, Treasure Hunt, Egg Landing Competition, Pertandingan Teknologi Roket, Pameran Inovasi Sains, dan Pertandingan Cipta Puisi Sains.
Tahniah kepada Jawatankuasa Minggu Sains dan Matematik kerana berjaya menganjurkan program berkualiti dan berkesan kepada para pelajar. Teruskan uasaha murni ini pada tahun hadapan.


