Buat pertama kalinya InteJ telah menganjurkan Kursus Kepimpinan BADAR, PSS dan PRS di Rantau Agro Park, Rantau, Negeri Sembilan pada 13 hingga 15 September 2011 lalu. Keistimewaan kursus ini ialah ia menggabungkan tiga unit badan kepimpinan yang menerajui Intej iaitu Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Pengawas Pmbimbing Rakan Sebaya (PRS). Kursus ini melibatkan 6 orang guru dan 101 pemimpin pelajar. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk menerapkan latihan kepimpinan kepada ketiga-tiga unit badan kepimpinan Intej agar dapat menerajui InteJ dengan berkesan. Adalah diharapkann agar kursus ini dapat melahirkan pemimpin pelajar yang bertanggung jawab, berdedikasi berdaya saing bukan sahaja kepada InteJ malah kepada bangsa dan negara.


